Siapa Saya?

Pemilik Blog ini ialah Bonda Ummi dari Selayang.

Bonda Ummi? Siapa Bonda Ummi?

Bonda Ummi atau nama sebenarnya Ummi Salmah Binti Satar adalah anak ke-3 daripada 5 orang adik beradik. Lahir pada 16 Ogos 1983 di Gombakdan kini m enetap di Selayang, Selangor. Bonda Ummi adalah seorang Suri Profesional yang berpangkat Pengurus Pemasaran Wilayah (PPW) di syarikat Ana Edar Sdn Bhd. Bergiat aktif dalam bisnes Qaseh Gold sejak Jun 2014 dan telah memenangi beberapa Award dari syarikat.

Inilah saya, Bonda Ummi.

( Gambar )

Saya adalah seorang Konsultan Qaseh Gold dan juga merupakan Stokis di Selayang. Kepakaran saya ialah membantu para ibu yang bekerja untuk tambah pendapatan dengan berniaga dan juga membantu para suri rumah untuk jana pendapatan serta bertukar status menjadi Suri Profesional dengan berniaga dari rumah.

Nak berniaga apa?

Otai-otai bisnes selalu berpesan, nak berniaga ni mulakan dengan modal yang ada di tangan. Tak perlu modal besar-besar dan tak perlu sampai buat pinjaman bank. Lepas tu, pilih produk yang membolehkan pelanggan repeat order setiap bulan. Maknanya, produk yang sentiasa diperlukan dalam kehidupan seharian. Bila habis, pelanggan akan beli lagi, lagi dan lagi. Yang penting, pastikan produk mestilah yang terbaik, diyakini selamat dan Halalan Toyyiban. Lagi satu, diri sendiri pun perlu guna produk tersebut, baru lah senang nak sharing manfaat dengan orang lain. InsyaAllah.

Saya pilih produk Qaseh Gold!

Nak tau kenapa?

Sebab produk Qaseh gold ada semua ciri-ciri yang disebutkan dalam pesanan otai-otai bisnes kat atas tadi. Alhamdulillah.

 

Salam Sayang,

bonda-ummi

Bonda Ummi