Diet Atkin Fasa 1

Meh Bonda Ummi nak kongsi bebarapa resepi diet atkin khas untuk fasa 1 atau pun fasa induction.
Ini adalah fasa yang paling penting dalam Diet Atkin. Bonda Ummi pun baru nak mula ni. hehe.

Fasa 1 Atkin adalah paling penting, untuk menyesuaikan badan kita dengan cara diet ni. Dalam Diet Atkin ada 4 Fasa.

 

 

MENU FASA 1 – CLEAN DIET 14 HARI.

TELUR AYAM ( 2 biji )
A) Telur Rebus
B) Telur Dadar
C) Scramble Egg ( Telur Hancur )
E) Telur Mata Kerbau

AYAM / IKAN / DAGING ( 2 ketul )
A) Grill
B) Kukus
C) Rebus

SAYURAN HIJAU ( 1 mangkuk )
A) Sawi
B) Kangkung
C) Bayam hijau
D) Salad

BROKOLI / BUNGA KOBIS / CENDAWAN TIRAM / CELERI ( 100g sehari )

 

 

PENTING :

Air Kosong WAJIB minum ye. Lagi terbaik minum Air Zamzam atau pun Air Sole. Bonda Ummi minum Air Kosong Titis Sole, sekurang-sekurangnya 2.5 liter sehari.

Kiraan air kosong boleh ikut berat badan ye. Setiap berat 25kg memerlukan 1 liter air kosong. jika berat 75kg, perlu minum 3 liter sehari.

 

Ok, tu je dulu Intro Diet Atkin Fasa 1 yang Bonda Ummi nak buat ni. Jom Follow! Sama-sama turunkan berat badan cara sihat. Hati Mau kental maa…

 

SEMOGA DIPERMUDAHKAN DAN BERJAYA

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *