Gastrik

Anda sering berasa sakit di bahagian perut? Apakah itu Gastrik?

Tentu sekali ia satu keadaan yang sungguh tidak selesa. Paling menyedihkan anda langsung tidak mahu bertemu doktor kerana menganggap itu hanya sakit perut biasa, namun mungkin anda di antara penghidap penyakit Gastrik.

Sebelum kita pergi jauh tentang topik Gastrik ini, mari kita kenali apa itu gastrik?

apa-itu-gastrik

Tahukah anda bahawa Gastrik  terjadi akibat dinding permukaan di dalam perut seseorang individu itu telah terhakis yang di sebabkan oleh asid gastric iaitu asid yang dikeluarkan oleh perut untuk mencernakan makanan yang kita makan. Hakisan pada permukaan dinding perut ini bukan berlaku dalam masa sehari malahan mungkin mengambil masa yang lama, seperti berbulan-bulan atau bertahun-tahun sebelum seseorang itu mengalami tanda-tanda sakit perut di bahagian ulu hati.

Antara tanda-tanda penyakit gastric/gastritis, pesakit akan merasa Sakit ulu hati, Rasa mual, Rasa perut kembung dan kemungkinan pesakit juga akan muntah. Penyakit gastrik ni jika pesakit tidak mengambil langkah-langkah pencegahan dan rawatan, keadaannya boleh menjadi semakin serius iaitu boleh menyebabkan muntah berdarah.

tanda-tanda-gastrik

 

Apakah Punca-Punca Yang boleh menyebabkan Penyakit Gastrik?

Antara punca penyakit gastrik ialah, tidak menjaga waktu makan dengan betul atau skip meal. Ia juga boleh terjadi akibat tekanan/stress, malah pengambilan ubat-ubat penahan sakit seperti ponstan dan voltaren dalam jangkamasa yang panjang juga boleh menjadi penyebab penyakit gastrik. Gastrik juga boleh berpunca dari sejenis kuman iaitu Helicobacter Pylorii. Pada tahun 1982,  dua orang saintis Warren dan Marshall telah mengaitkan bakteria Helicobacter pylori (lebih biasa dikenali sebagai H. pylori) dengan ulser. Didapati sehingga 80% ulser gastrik disebabkan oleh bakteria ini. Bakteria ini boleh hidup dalam keadaan yang berasid tinggi kerana ia boleh mengeluarkan sejenis enzim yang meneutralkan asid tersebut.

punca-gastrik

Bagi pesakit Gastik terdapat pantang yang anda harus jaga. Anda tidak boleh makan makanan pedas yang bahannya dari Cili. Malah anda juga tidak boleh ambil makanan ataupun minuman yang masam, kerana ini akan membuatkan penyakit gastrik anda akan bertambah buruk, Jika anda memakan makanan pedas atau masam terutama ketika perut anda sedang kosong, Gastrik akan menyerang pesakit. Pesakit Gastrik juga tidak boleh mengambil sebarang ubat-ubatan untuk merawat gastrik tanpa mendapat nasihat doktor.

 

ANDA ADA MASALAH GASTRIK?   KLIK SINI DAN DAPATKAN BANTUAN UNTUK MENGATASINYA!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *