GASTRIK ANGIN

Gastrik Angin

Pernahkah anda mengalami Gastrik Angin Atau Kembung Perut?

Mungkin ada di antara kita yang pernah mengalami situasi begini, di mana perut akan merasa tidak selesa. Sebelum membincangkan lebih lanjut mengenai Gastrik Angin/Kembung perut, bagi yang belum mengetahui apakah itu Gastrik Angin/Kembung Perut, ia berlaku akibat udara yang terkumpul dalam saluran pencernaan. Saluran pencernaan adalah saluran berotot yang bermula dari mulut ke dubur,di mana pergerakan otot  bersama-sama dengan pengeluaran hormon dan enzim yang membolehkan pencernaan makanan . Sering kali masalah kembung perut ataupun angin ini dikaitkan dengan cara pemakanan seseorang dan apa yang terkandung dalam makanan tersebut.

Angin dalam saluran penghadaman biasanya disebabkan oleh menelan udara dan pencernaan makanan tertentu di dalam usus besar oleh bakteria.  Semua orang menelan sejumlah kecil udara apabila makan dan minum ,Jadi Jumlah udara ditelan oleh seseorang itu meningkat sekiranya.mereka makan atau minum terlalu  secara cepat atau tergesa-gesa, merokok, mengunyah gula-gula, minum minuman berkarbonat dan sebagainya.

Gastrik Angin kalau dibiarkan, boleh menyebabkan sakit kepala dan muntah-muntah.

 

JOM ATASI GASTRIK ANGIN ANDA SEKARANG?   KLIK SINI UNTUK MATLUMAT LANJUT.

error: Content is protected !!