BAGAIMANA GASTRIK TERJADI

Bagaimana Gastrik terjadi?
Gastrik adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding perut. Lazimnya, keradangan ini berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.
image-photographyPerut kita mengeluarkan sejenis asid hidroklorik yang berfungsi untuk mencernakan makanan. Asid ini kuat dan boleh menghakis tangan jika terkena.
Oleh itu, sel perut menghasilkan lapisan mukosa sebagai pelindung dan pertahanan daripada kesan asid hidroklorik tersebut.

Jika lapisan mukosa itu menjadi lemah, maka ulser boleh berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.

Secara mudahnya, perut kita umpama kipas, berlipat-lipat sepanjang 25cm dan mampu menampung hampir segelen air dan makanan. Bila perut kosong, tisu perut tadi berlipat-lipat dan akan mengembang bila ada makanan atau minuman masuk.

Di sinilah makanan dan minuman akan diproses dan disimpan sebelum dikumuh melalui usus. Ketika proses pencernaan berlaku, kelenjar pada dinding perut akan merembeskan jus gastrik, enzim dan asid perut untuk bantu pencernaan. Antara asid yang dirembes ialah asid hidroklorik.

Bila cecair asid dalam perut tertolak ke bahagian esofagus, ia menyebabkan pula rasa pedih ulu hati (heart burn). Pedih ulu hati merupakan rasa sakit di bahagian atas perut atau dada dan kadangkala sehingga ke bahagian kerongkong. Biasanya gejala ini terjadi dalam masa 30 hingga 60 minit selepas makan.

Gastrik anda semakin teruk jika anda selalu…
Dan… apabila ia menjadi semakin teruk, ia boleh mengundang kepada KANSER!
JANGAN TUNGGU LAGI…. DAPATKAN RAWATAN DI SINI!
error: Content is protected !!